Yingluck, puak pemisah didakwa berunding

     BANGKOK 6 April – Parti pembangkang Thailand, Parti Demokrat menuduh bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra dan adiknya Yingluck, yang juga Perdana Menteri, mengadakan rundingan sulit dengan para pemimpin kumpulan pemisah di selatan negara ini.

Parti Pheu Thai pimpinan Perdana Menteri, bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut yang dibangkitkan pembangkang, semalam.

Beberapa hari selepas ketua Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC), Thawee Sodsong menafikan beliau ada mengadakan rundingan dengan pemimpin pemisah, ahli Parlimen Parti Demokrat bagi kawasan Songkhla, Thaworn Senneam mendakwa Thaksin dan Yingluck melanggar pendirian kerajaan untuk tidak berunding dengan pemberontak.

Thaworn yang bertanggungjawab membendung keganasan di selatan Thai semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri di bawah kerajaan pimpinan Parti Demokrat sebelum ini, memberitahu Parlimen, Thaksin menemui 18 wakil pemisah di sebuah ‘negara jiran’ pada 22 Februari lalu, manakala Yingluck mengadakan rundingan dengan 15 wakil pemisah pada 17 Mac lepas.

Ahli Parlimen Parti Demokrat dari kawasan Yala, Prasert Pongsuwansiri berkata, Thaksin kelihatan memeluk seorang pemimpin Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) dalam gambar yang disiarkan di laman web kumpulan pemisah itu.

Pemimpin pembangkang, Abhisit Vejjajiva turut melemparkan tuduhan sama dengan berkata, beberapa maklumat mengesahkan Thaksin telah mengadakan rundingan dengan puak pemisah.

Abhisit juga memberi amaran, pembabitan bekas Perdana Menteri itu boleh merumitkan usaha untuk menamatkan pergolakan di selatan Thai.

Sebuah agensi bukan kerajaan yang memantau keganasan di selatan negara ini, Deep South Watch melaporkan, seorang daripada pemimpin utama pemisah yang menyertai rundingan dengan Thaksin ialah Hassan Toyib daripada PULO.

Sama ada Thaksin, mahupun Yingluck tidak mengulas mengenai dakwaan tersebut.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri, Chalerm Yubamrung menafikan kedua-dua pemimpin itu ada mengadakan rundingan dengan wakil pemisah dan beliau menyifatkan dakwaan Parti Demokrat itu sebagai tidak berasas.

utusan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: