Prayuth kehabisan idea dan masih di takuk lama

KomandoTentera Darat Thailand Prayuth Janocha telah menunjukkan sikap bodohnya dengan mengeluarkan buah pikiran sebagai seorang yang tidak siuman, di mana beliau dilaporkan telah membuat satu kenyataan pada tarikh 5 Februari 2011 yang lalu dengan mengatakan dan menyeru pejuang-pejuang kemerdekaan Patani supaya mereka meletakkan senjata dan seterusnya menyerah diri kepada penjajah Thai selewat-lewatnya pada akhir Mac nanti.

Sepatutnya dialah yang harus menyerahkan Patani kepada orang-orang Patani sebagai tuan punya hak yang asal, bukan pejuang-pejuang Patani menyerah diri kepada pasukan tentera dan penjajah Thailand. Ini adalah satu tanggapan cetek yang tidak berpijak diatas kenyataan sebenar, beliau telah membuat satu kesilapan besar apabila membandingkan pejuang kemerdekaan Patani dengan bekas komunis Thailand yang bezanya antara kedua belah pihak hanyalah dari sudut ideology, maka dengan sebab itu akhirnya, mereka dengan mudah menerima polisi Prem 66/2523  supaya membolehkan mereka menyertai proses membina bangsa Thailand, sedangkan kewujududan bangsa Siam dan tentera-tenteranya di Patani adalah sebagai penceroboh dan penyusup masuk tanpa izin yang berkeliaran di mana-mana di kawasan Patani yang bertujuan hanya untuk menjajah dan membasmi identiti Patani: tanah air, bahasa dan budaya bangsa, di samping menghina agama  Islam dan bertindak di luar batas kemanusiaan.

Pelajarilah cara mempraktikkan pentadbiran dan pemerintahan yang baik dan matang sebelum melaksanakannya keatas bangsa lain. Dunia hari ini sudah tidak lagi mempunyai tempat bagi kekerasan dan ia tidak lagi boleh menjadi kebanggaan manusia untuk bersikap demikian dan kebenaran tidak boleh lagi sama sekali  disembunyikan.

 

Jadi berfikirlah secara bijaksana jika anda masih mempunyai fikiran yang sihat dan waras.

Dari …http://www.puloinfo.net

One Response to Prayuth kehabisan idea dan masih di takuk lama

  1. JejakYGhilang says:

    Patani adalah sebuah Empayar,oleh itu perjuangannya wajib kembali kepada yang asal,iaitu perjuangan mengembalikan semula Empayar Kerajaan Islam Langkasuka yang hebat dahulu. Langkasuka dizaman kegemilangannya di perintah oleh Raja Islam yang berdaulat. Hanya Pewaris nya sahaja bukan Waris dengan IzinAllah dapat mengambil dan bangunkan kembali Empayar ini. Bukan hanya memperjuangkan Patani sahaja,tetapi harus dipandang dari sudut yang lebih besar. Empayar Langkasuka yang di rampas wajib dikembalikan kepada Pemerintah/Raja yang berhak. Jika semua pejuang Patani hanya memandang dari sudut untuk membebaskan Patani sahaja maka sukarlah untuk mencapai nya. Wajib berjuang kembali kepada sejarah asal Patani. InsyaAllah jika semua pejuang dapat memahaminya yang sebenar perjuangan ini pasti akan mencapai kemenangan. Carilah Pewaris Raja Kesultanan Patani/Langkasuka yang kita harus percaya masih ada di bumi Nusantara ini. Pertemuannya pasti akan menjadi kejutan kepada dunia hari ini bahawa Empayar Kerajaan Islam Langkasuka akan kembali. Fikir-fikirkan lah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: