Seorang ustaz ditembak mati

Seorang ustaz ditembak mati oleh orang yang tidak dikenali pada petang 6 Jun 2010. Arwah bernama Daramae Da’kek, 51 tahun merupakan seorang guru di Ma’had Al Falah Al Islami, juga bekas guru Ma’had Bi’that Ad-Diniyah Yala. Kejadian berlaku pada pukul 4 petang ketika arwah sedang menaiki motor di jalan raya di antara Kg Talingshan dan Kg Lingek, Mukim Bannangsata, Daerah Bannangsata, Yala.

Menurut saksi, terdapat sebuah kereta yang melalui jalan tersebut lalu menembak arwah. Orang kampung yang turut melalui jalan tersebut telah membawa arwah ke Hospital Bannangsata.

Arwah yang mengalami pendarahan serius akibat tembakan di bahagian leher kemudiaannya telah dirujuk ke Hospital Jala. Arwah meninggal dunia semasa pembedahan berlansung dan jenazah beliau telah dibawa pulang untuk dikebumikan.

Menurut isteri arwah, suaminya ditembak sewaktu dalam perjalanan balik daripada menziarahi anaknya yang sedang belajar di Makhad Tarbiyatulwatan Melayu Bangkok, Daerah Meang Jala. Arwah meninggalkan seorang isteri dan 7 orang anak di kediaman mereka ;133 M.6 T. Asong A.Raman Yala. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama para syuhada’.

Al-Fatihah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: