Thailand jamin boleh atasi keganasan

GENEVA: Menteri Luar Thailand, Kasit Piromya berkata semalam, kerajaannya akan berupaya menangani keganasan kumpulan pemisah di selatan negara itu menjelang akhir tahun ini.

Ketika ditanya sama ada beliau yakin kerajaan dapat membawa keamanan pada 2010 di wilayah yang sudah dilanda keganasan sejak lima tahun lalu, Kasit berkata: “Ya, ya, ya. Di bawah pentadbiran kami.”

Beliau berkata kerajaan Thailand kini memberi bantuan kewangan untuk memajukan wilayah itu, selain bekerjasama dengan pasukan keselamatan untuk mewujudkan keamanan.   Pada peringkat antarabangsa, Thailand juga menerima bantuan daripada pelbagai negara termasuk negara Teluk, Malaysia dan Indonesia untuk menangani masalah itu.

“Beberapa pemimpin asing sudah memberitahu penduduk minoriti Islam yang menjadi rakyat Thailand agar menjadi warga negara yang baik. Semua pihak membantu kami untuk membawa keamanan di wilayah selatan. Kami optimis,” katanya kepada wartawan di Geneva.

Lebih 4,100 penduduk Buddha dan Islam terkorban dan beribu-ribu lagi cedera sejak kumpulan pemisah melancarkan pemberontakan di selatan negara itu enam tahun lalu.

Undang-undang darurat dikuatkuasakan pada pertengahan 2005, tetapi kumpulan hak asasi berkata peraturan itu sering disalahgunakan pasukan keselamatan. – AFP

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

ini ada satu lagi penipuan kerajaan siam terhadap orang Islam di Patani dan kepada dunia. apa yang di kata kan itu semua tidak boleh di percayakan sebab sebenanya kerajaan saim lebih bertindak kejam kepada orang patani. semakin hari semakin kejam ada yang mereka bunuh dan menankap orang yang tidak bersalah dan sebagai nya. harap kepada semua orang Islam di Patani jangan terdaya dengan kata-kata siam itu semua nya sendiwara saja. kita tidak boleh bersama siam..

Dari

Sriduka  Jawisakti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: