Saranan Malaysia disambut baik tamatkan konflik di selatan Thailand

kasturi

KOTA BHARU: Pertubuhan Pembebasan Pattani Bersatu (Pulo) menyambut baik saranan Malaysia supaya berunding dengan Kerajaan Thailand, berhubung tawaran yang hendak diberikan kepada kumpulan pejuang pemisah di selatan Thailand bagi menamatkan konflik wilayah bergolak itu.

Timbalan Presiden Pulo, Kasturi Mahkota, berkata pertubuhan itu sedia duduk berbincang tanpa sebarang syarat, tetapi rundingan mesti dikendalikan pihak ketiga yang berkecuali.

//

“Isu Pattani (wilayah selatan Thailand) adalah isu penjajahan dan penindasan kerajaan Thailand terhadap umat Islam di wilayah itu selama ini. Pulo dan kumpulan pejuang lain yang bergerak di dalam dan luar wilayah itu, adalah pertubuhan memperjuangkan kemerdekaan. Namun, Pulo sedia duduk berbincang apa saja cadangan atau tawaran daripada pihak Thailand.

“Ia bukan bererti kami sedia menerima semuanya, sebaliknya sedia berbincang tanpa sebarang syarat jika dikendalikan pihak ketiga. Dalam hal ini, kami sedia menerima mana-mana pihak sebagai pihak ketiga yang berkecuali. Malah Pulo, mengalu-alukan kalau Malaysia menjadi pihak ketiga kerana kami tidak pernah menolak peranan Malaysia dalam mencari keamanan di wilayah ini.

“Malangnya, hingga kini, Kerajaan Thailand sebenarnya tidak bersedia menerima Malaysia menjadi pihak ketiga dalam isu ini, kerana mereka beranggapan Malaysia akan berpihak kepada pejuang pemisah sebab rakyatnya mempunyai persamaan agama, bangsa dan sejarah,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang dilaporkan berkata, tuntutan kemerdekaan oleh kumpulan pemisah di selatan Thailand adalah tidak wajar, tetapi berpendapat Thailand seharusnya menawarkan tahap autonomi tertentu kepada wilayah yang majoritinya umat Islam itu.

Najib dan Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva, juga dijadual akan mengadakan lawatan bersama ke wilayah bergolak merangkumi Pattani, Narathiwat dan Yala di selatan Thailand itu, Disember ini.

Kasturi yang baru dilantik sebagai Timbalan Presiden Pulo sejak Julai lalu, berkata kenyataan Najib yang disiarkan media Thailand, yang mensyaratkan supaya pejuang pemisah perlu menerima semua autonomi dan perlembagaan Thailand agak membimbangkan mereka, sebelum sebarang perbincangan dilakukan.

“Apa pun, Pulo kini menunggu jemputan untuk duduk semeja. Malah, Pulo juga sedia memanggil kumpulan pejuang lain menyertai perbincangan kerana kami percaya kepada usaha mencari penyelesaian.

“Selain daripada Pulo, sekurang-kurangnya dua kumpulan lain mesti ikut sama dalam penyelesaian masalah yang telah lama berlarutan ini, antaranya Barisan Revolusi Nasional (BRN) serta Barisan Islam Pembebasan Pattani (BIPP),” katanya.

Kasturi berkata, Pulo kini diketuai Nur Abdul Rahman yang dilantik sebagai Presiden sejak Julai lalu hasil perundingan perwakilan pertubuhan itu yang mewakili empat zon iaitu dalam negeri, sempadan, Eropah dan Asia Barat.

One Response to Saranan Malaysia disambut baik tamatkan konflik di selatan Thailand

  1. Puteri Julienna says:

    REMEMBER: This is not “Thailand” issue. This is the only “Patani Malayland” issue.

    REMEMBER: Patani Malayland is different with Thailand.

    REMEMBER: Patani Malayland is different with Malaysia/Indonesia.

    The Patani Malayland is only for the “Rakyat Melayu Patani”

    The Malay Patani deserve for their right. They have their own rich culture, customs and langguage(Tulisan Yawi). Please help them for a real peace in Malayland.

    Only “PATANI MERDEKA PENUH” for a genuine peace !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: