pelakuan siam yang kejam

Pembunuhan massa yang diperbuat oleh suatu gerombolan ‘gelap’ terhadap jemaah solat dalam Masjid Al Furqan di Mu 8, Ban Ai Payae, Tambol Cuab, Amphor Coh Airong, Cangwat Narathiwat pada waktu malam tanggal 8 Mitunayon (8 Jun bersamaan dengan Isnin 14 hb. Jumad Thani) lepas yang mengakibatkan 10 orang mati dan 12 lagi cedera parah, bukan sahaja amat menderitakan sanak saudara mangsa si mati dan si cedera parah, malah membuatkan ramai lagi pendengar khabar tragedi tersebut dari berbagai media secara meluruhnya jadi terkejut besar, tidak terhad cuma dalam tiga wilayah sempadan selatan malah di seluruh negera ini.

 Dalam agama Islam ‘masjid’ adalah ‘Rumah Allah’ atau ‘Rumah Tuhan’. Bila-bila masapun seseorang yang beriktikaf dalam masjid akan merasa nyaman dan begitu selamat. Mereka merasa lebih selamat daripada di mana-mana tempat namun di rumahnya sendiri. Dalam masjid tiada percakapan atau perbualan yang sia-sia saja. Masjid adalah tempat mereka semata-mata berbuat ibadat. Kalau mahu bermasyuarat jemaahnya akan menggunakan ruang lain yang bukan tempat berbuat amalan wajib. Patut dipaham di tempat itu tidak dilayani teh atau minuman apa-apapun.

Masalah yang bertunjang dalam atau ‘teras masalah’ di antaranya ialah masalah ‘tawarikh’ (sejarah) yang menyusulkan asal usul kaum etnik mereka (bangsa Melayu Patani -penterjemah), masalah kepolitikan-pentadbiran pada masa silam hingga kini yang mereka (penganut Islam) merasa dirinya tertindak sebagai ‘rakyat atau warga taraf ke-2’ yang selalu tertindas, ketidakadilan yang mereka dapati, ketidaksaksamaan di sisi undang-undang yang amat menyedihkan dan ketidakkeupayaan di segi kebendaan yang mengalami mereka!

Semua penderitaan yang menyakiti mereka diperbuat oleh politikus (ahli politik), pegawai pentadbir atau penguatkuasa kerajaan dalam setiap corak & warna seragam (uniform) yang dipakainya. Samakening (selama ini) umat Islam di kawasannya dilanda kesengsaraan dan kedukacitaan tak terperi. Coba ingatkan beberapa hal pengaduan diajukan mereka di mahkamah jadi sial saja kerana dilanda pembicaraan kosong!

Contohnya kes tersuhur Taun Haji Sulong To’ Mina (Ayrm.Tn.guru Hj. Muhammad Sulum b. Tn.Hj. Muhd. Abdul Kadir bin Tn.Hj. Tuan Minal -penterjemah) ayahanda kepada Nai Den To’ Mina mantan anggota senat undian Wilayah Pattani tahun 2543 (M2000) dan bekas wakil rakyat Pattani polikali. Ayahandanya, Taun Haji Sulong ditahan dan ‘dighaibkan’ (dihilangkan) pada Mesayon 2491 (April 1948 bersamaan Jumadal Awal 1367)*. Hingga sekarang kes kematian misteri Tn.Hj. Sulong yang terghaib belum lagi atau tidak diusahakan untuk disiasati dan dibicarakan

*(Pada catatan lain mengatakan Tn.Hj. Sulong ditahan dan diculik polis di Songkhla/Senggora pada hari Jum’at tanggal 13 Aug. 1954 bersamaan Jum’at 14 Thul Hijjah 1373 dan ‘dighaibkan’ pada malam itu juga –penterjemah).

Sebagai contohan lain temasuk kes seorang peguam Muslim Nai (Encik) Somchai Neelapaicit yang telah diculik dan dihilangkan beberapa tahun kemudian. Kes pembunuhan massa dalam Masjid Al Furqan pada 8 Mitunayon (8 Jun bersamaan 14 Jumad Thani) lepas bukan kali pertama berlaku peristiwa sedemikian, malah pembunuhan secara beramai-ramai telah berlaku di Masjid Krisek pada 28 Mesayon 2547 (28 April 2004 bersamaan dengan Rabu 8 hb. Rabiul Awal 1425) yang mengakibatkan 32 orang Muslim mati sementara pegawai kerajaan 3 orang mati dan 17 orang lagi cedera parah.

Selepas itu berlaku pula pembunuhan secara beramai-ramai kali terbesar iaitu kes pembubaran massa penunjuk perasaan di Tak Bai, Narathiwat pada tanggal 25 Tulakom 2547 (25 Okt. 2004 bersamaan Isnin, 11 Ramadhan 1425), akibatnya 78 orang mati kesesakan nafas (mengikut keputusan Mahkamah baru-baru ini) atas truk tentera sementara diangkut ke Kem Ingkhayudha Borihan, Amphur Nongcik, Cangwat Pattani. Peristiwa itu banyak dipertikaikan dan menimbulkan kemusykilan di kalangan orang ramai yang membaca akhbar. Di antara hujah-hujahnya ialah: Mengapa dan bagaimanakah cara perangkutan yang membawa penganut Islam berjumlah besar itu termati kesesakan nafas?

Orang Islam yang justru bernasib malang melanda kematian yang amat menderita dan siksa pra pulang ke Rahmat Allah itu, walau sanak saudaranya telah direhabilitasikan, namun dipercayai seumur hidup mereka tiada keupayaan akan tersembuh dari kesakitan jiwa yang tertekan dan tidak tertaranya!

 Cara memupuskan kedendaman yang membisa dalam hati sanubari sanak saudara atau adik beradik si mati sebagai suatu jalan penyelesaian masalah total, dimestikan menggunakan masa sepanjang umur beberapa jenerasi kita. Sedangkan kita berlumrah mendengar kerajaan mengata masalah sempadan selatan amat rumit diselesaikan kerana ia telah bertunjang jauh dan makan masa paling lama hingga amat sukar diatasi. Justeru itu untuk menyelesaikan masalah, kerajaan mesti guna pendekatan ‘kepolitikan mendahului ketenteraan’, seperti mana setiap kerajaan melafalkan wacana seakan itu. Boleh dikata apa berlaku kerajaaan tidak mahu melihat sampai ke punca masalahnya atau ke akar umbinya. Mereka khuatir atau tidak berani menjelaskan yang ‘sengoti’ (‘sebenar’). Mereka tidak mengaku hakikat sebenarnya bahwa ‘kakitangan kerajaan’ lah pelaku penjenayahan atau pengancam situasi kekejaman di kawasan itu!

Leave a comment