Saranan Malaysia disambut baik tamatkan konflik di selatan Thailand

October 28, 2009

kasturi

KOTA BHARU: Pertubuhan Pembebasan Pattani Bersatu (Pulo) menyambut baik saranan Malaysia supaya berunding dengan Kerajaan Thailand, berhubung tawaran yang hendak diberikan kepada kumpulan pejuang pemisah di selatan Thailand bagi menamatkan konflik wilayah bergolak itu.

Timbalan Presiden Pulo, Kasturi Mahkota, berkata pertubuhan itu sedia duduk berbincang tanpa sebarang syarat, tetapi rundingan mesti dikendalikan pihak ketiga yang berkecuali.

//

“Isu Pattani (wilayah selatan Thailand) adalah isu penjajahan dan penindasan kerajaan Thailand terhadap umat Islam di wilayah itu selama ini. Pulo dan kumpulan pejuang lain yang bergerak di dalam dan luar wilayah itu, adalah pertubuhan memperjuangkan kemerdekaan. Namun, Pulo sedia duduk berbincang apa saja cadangan atau tawaran daripada pihak Thailand.

“Ia bukan bererti kami sedia menerima semuanya, sebaliknya sedia berbincang tanpa sebarang syarat jika dikendalikan pihak ketiga. Dalam hal ini, kami sedia menerima mana-mana pihak sebagai pihak ketiga yang berkecuali. Malah Pulo, mengalu-alukan kalau Malaysia menjadi pihak ketiga kerana kami tidak pernah menolak peranan Malaysia dalam mencari keamanan di wilayah ini.

“Malangnya, hingga kini, Kerajaan Thailand sebenarnya tidak bersedia menerima Malaysia menjadi pihak ketiga dalam isu ini, kerana mereka beranggapan Malaysia akan berpihak kepada pejuang pemisah sebab rakyatnya mempunyai persamaan agama, bangsa dan sejarah,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang dilaporkan berkata, tuntutan kemerdekaan oleh kumpulan pemisah di selatan Thailand adalah tidak wajar, tetapi berpendapat Thailand seharusnya menawarkan tahap autonomi tertentu kepada wilayah yang majoritinya umat Islam itu.

Najib dan Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva, juga dijadual akan mengadakan lawatan bersama ke wilayah bergolak merangkumi Pattani, Narathiwat dan Yala di selatan Thailand itu, Disember ini.

Kasturi yang baru dilantik sebagai Timbalan Presiden Pulo sejak Julai lalu, berkata kenyataan Najib yang disiarkan media Thailand, yang mensyaratkan supaya pejuang pemisah perlu menerima semua autonomi dan perlembagaan Thailand agak membimbangkan mereka, sebelum sebarang perbincangan dilakukan.

“Apa pun, Pulo kini menunggu jemputan untuk duduk semeja. Malah, Pulo juga sedia memanggil kumpulan pejuang lain menyertai perbincangan kerana kami percaya kepada usaha mencari penyelesaian.

“Selain daripada Pulo, sekurang-kurangnya dua kumpulan lain mesti ikut sama dalam penyelesaian masalah yang telah lama berlarutan ini, antaranya Barisan Revolusi Nasional (BRN) serta Barisan Islam Pembebasan Pattani (BIPP),” katanya.

Kasturi berkata, Pulo kini diketuai Nur Abdul Rahman yang dilantik sebagai Presiden sejak Julai lalu hasil perundingan perwakilan pertubuhan itu yang mewakili empat zon iaitu dalam negeri, sempadan, Eropah dan Asia Barat.


จับตาย หน่วยปฏิบัติการเลือดมัสยิดอัลฟุรกอน ไอปาแย

October 28, 2009

wanted

เมื่อต้นสัปดาห์ที่แล้วมีข่าวเกรียวกราวในหน้าหนังสือ พิมพ์รายวันหลายฉบับเกี่ยวข้องกับเหตุการณ์กราดยิงในมัสยิดบ้านไอร์ปาแย ต.จวบ อ.เจาะไอร้อง จ.นราธิวาส ที่ทำให้มีผู้เสียชีวิตถึง 10 ราย บาดเจ็บอีก 12 คน เมื่อปรากฏใบปลิวไม่ทราบแหล่งที่มาถูกนำไปติดและแจกจ่ายในพื้นที่ต่างๆ ของสามจังหวัดชายแดนภาคใต้

ใบปลิวที่ว่านี้มีลักษณะคล้าย “ประกาศจับ” เขียนข้อความว่า จับตาย หน่วยปฏิบัติการเลือดมัสยิดอัลฟุรกอน ไอปาแย”

ในใบปลิวประกาศจับ มีรูปชายฉกรรจ์ 6 คนที่ถูกระบุว่าเป็นผู้ก่อเหตุกราดยิงในมัสยิด โดย 2 ใน 6 คือภาพของผู้ต้องหาที่เจ้าหน้าที่ตำรวจออกหมายจับไปแล้ว คือ นายสุทธิรักษ์ คงสุวรรณ (อดีตทหารพราน) กับ นายลุกมัน ลาเต๊ะบือริง ที่ตำรวจออกหมาย พ.ร.ก. (อาศัยอำนาจตามพระราชกำหนดการบริหาราชการในสถานการณ์ฉุกเฉิน พ.ศ.2548) ส่วนอีก 4 ภาพ คือชายฉกรรจ์ที่มีภูมิลำเนาในพื้นที่ อ.ระแงะ จ.นราธิวาส

ในใบปลิวประกาศจับยังตั้งค่าหัว นายสุทธิรักษ์ เป็นเงิน 100,000 บาท ส่วนอีก 5 คน รวมทั้งนายลุกมัน ตั้งค่าหัวคนละ 50,000 บาท ลงชื่อ “กลุ่มเหล่านักรบแห่งรัฐปัตตานี”


อภิสิทธิ์’เห็นตามนายกรัฐมนตรีมาเลย์ให้ใต้ปกครองตนเอง

October 28, 2009

‘อภิสิทธิ์’เห็นตามนายกรัฐมนตรีมาเลย์ให้ใต้ปกครองตนเองบางระดับ

นายก รัฐมนตรี อภิสิทธิ์ เวชชาชีวะ วานนี้(27) แสดงการสนับสนุนข้อเสนอของนายกรัฐมนตรี นาจิบ ราซัค แห่งมาเลเซีย ที่ว่าควรให้สิทธิการปกครองตนเองในบางระดับ แก่ประชาชนในเขตจังหวัดชายแดนภาคใต้ของไทยที่ผู้คนส่วนใหญ่เป็นชาวมุสลิม

นายอภิสิทธิ์กล่าวกับผู้สื่อข่าววานนี้ว่า เขาจะหารือถึงแผนการสำหรับเขตจังหวัดชายแดนภาคใต้ของไทยที่ติดต่อกับ มาเลเซีย เมื่อเขาพานายกรัฐมนตรีนาจิบเดินทางเยือนพื้นที่ดังกล่าว ภายหลังเสร็จสิ้นการประชุมหารือไทย-มาเลเซียประจำปีในเดือนธันวาคมนี้

ก่อนหน้านี้ นายนาจิบได้ให้สัมภาษณ์หนังสือพิมพ์เดอะเนชั่นของไทย ซึ่งตีพิมพ์ในฉบับวันจันทร์(26)ว่า ประเทศไทยควรที่จะให้สิทธิปกครองตนเอง “บางรูปแบบ” แก่ดินแดนดังกล่าว ที่มีผู้คนเสียชีวิตไปกว่า 3,900 คนแล้ว นับแต่ที่ความรุนแรงซึ่งมุ่งหมายที่จะแบ่งแยกดินแดนปะทุขึ้นในเดือนมกราคม 2004

นายกฯอภิสิทธิ์ได้พูดถึงความเห็นนี้ว่า “นั่นเป็นวิธีการที่ถูกต้อง” และ “รัฐบาลของผมกำลังทำงานเพื่อทำให้กลายเป็นจริงขึ้นมา โดยในต้นเดือนธันวาคมนี้ผมและนายกฯมาเลเซียก็จะไปเยือนพื้นที่ภาคใต้ด้วย”

http://www.norsorpor.com/ข่าว/n1740160/อภิสิทธิ์%20เห็นตามนายกรัฐมนตรีมาเลย์ให้ใต้ปกครองตนเองบางระดับ


Autonomi Satu Pilihan Buat Selatan Thailand

October 27, 2009
Autonomi Mungkin Satu Pilihan Buat Selatan Thailand – Najib

Oleh D. Arul Rajoo

HUA HIN (Thailand), 26 Okt (Bernama) — Tuntutan kemerdekaan oleh kumpulan pemisah di Selatan Thailand adalah tidak wajar, namun Thailand seharusnya menawarkan tahap tertentu autonomi kepada wilayah yang majoritinya didiami oleh kaum Muslim itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam satu temuramah berasingan dengan akhbar berbahasa Inggeris, Nation dan Bangkok Post pada Sidang Kemuncak ke-15 Asean di sini, Najib berkata tuntutan bagi mendapatkan kemerdekaan atau pemisahan tidak boleh diterima sama sekali.

Beliau berkata sebarang tuntutan terhadap kerajaan Thailand perlu berada dalam ruang lingkup perlembagaan Thailand.

“Resolusi yang berkekalan adalah soal kepercayaan – “kepercayaan, dan pastinya memenangi hati serta perasaan penduduk di Selatan,” kata beliau yang dijadualkan melawat wilayah yang bergolak itu pada bulan Disember ini bersama dengan rakan sejawatannya Abhisit Vejjajiva selepas Rundingan Tahunan mereka di Bangkok.

Najib berkata beberapa bentuk autonomi tertentu boleh menjadi penyelesaian bagi menamatkan keganasan, dan menurutnya kerajaan Thailand boleh menawarkan kebebasan tertentu bagi penduduk di kawasan itu yang dirasakan amat penting buat penduduk tempatan, umpamanya pemilihan pemimpin tempatan, pekerjaan, agama dan pendidikan.

“Ia adalah keputusan Thailand sendiri untuk menimbangkan sejauh mana autonomi di kawasan itu dapat diberikan, dan Malaysia sebagai negara jiran, tidak akan masuk campur dalam perkara itu. Anda mungkin tidak mahu menamakannya autonomi, tapi mungkin sekurang-kurangnya ada sedikit bentuk pembabitannya,” katanya.

Lebih daripada 3,600 orang terbunuh sejak kumpulan bersenjata menyambung kembali kempen mereka pada Januari 2004 bagi mendapatkan kemerdekaan buat wilayah majoriti kaum Muslim di Pattani, Yala dan Narathiwat yang bersempadan dengan Malaysia.

Najib berkata dalam lawatannya yang dirancang pada bulan Disember ini, beliau akan memberitahu penduduk tempatan bahawa Kuala Lumpur tidak akan menyokong mana-mana kumpulan ekstremis yang bertindak mencabuli undang-undang Thailand.

“Begini, anda tahu yang anda perlu menjadi rakyat Thailand yang baik. Jangan harap Malaysia akan menyokong sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang Thailand. Tindakan anda tindakan bersendirian, dan jika mereka (yang melanggar undang-undang) menyeberangi sempadan ke Malaysia, kami akan hantar mereka kembali (ke Thailand),” katanya kepada Nation.

Najib berkata salah satu daripada isu utama yang turut memberi kesan dalam hubungan dua hala dan perlu diselesaikan segera ialah soal dua kerakyatan, di mana antara 20,000 dan 25,000 penduduk disekitar kawasan itu dipercayai memiliki kerakyatan Thailand dan juga Malaysia.

Perdana Menteri memberitahu Bangkok Post bahawa jalan penyelesaian terhadap keganasan dan ekstremism boleh dicapai sekiranya kerajaan Thailand dapat berurusan dengan “kumpulan yang tepat” dan memperakui bahawa ia boleh dan seharusnya menangani masalah yang sebenarnya, yang dialami penduduk tempatan.

“Jika anda berupaya mendapatkan kepercayaan mereka, dan mereka merasakan bahawa kerajaan sememangnya benar-benar mengambil berat terhadap kepentingan dan masalah mereka, saya rasa anda akan dapat lihat yang keadaan semakin bertambah baik. Sebaik sahaja majoriti penduduk menyokong anda, anda pasti dapat menghapuskan kumpulan ekstremis,” tambahnya.

– BERNAMA

http://www.bangkokpost.com/news/local/26269/malaysian-pm-readies-for-visit-to-deep-south

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.